Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan)
harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang batil.
[al-Nisa’ 4:29]
Kamu tidak menzalimi dan tidak dizalimi.
[al-Baqarah 2:279]
Mencari harta secara zalim dan batil banyak berlaku tanpa kita sedari, sama ada bagi seseorang yang melakukan urusniaga jual-beli atau pekerjaan yang mendapat gaji pada hujung bulan. Berikut sebahagian daripadanya:
- RIBA
Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala mengenai orang yang mencari harta melalui interaksi dengan riba:
Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu riba yang kamu berikan supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia, maka ia tidak sekali-kali akan berkembang di sisi Allah (tidak mendatangkan kebaikan).
[al-Rum 30:39]
Jika seseorang itu tetap berinteraksi dengan riba, maka:
Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul
melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu.
Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan:
“Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba.”
Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu dia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah.
Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
[al-Baqarah 2:275]
Allah Subhanahu wa Ta'ala juga menegaskan:
Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah meninggalkan riba),
maka ketahuilah kamu akan adanya peperangan daripada Allah dan Rasul-Nya.
Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak menzalimi dan tidak dizalimi.
[al-Baqarah 2:279]
Betapa besarnya kesalahan riba dapat diketahui melalui dua ayat di atas:
Orang yang berinteraksi dengan riba, dia berdiri “…seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang.”
Orang yang berinteraksi dengan riba, maka “…akan adanya peperangan daripada Allah dan Rasul-Nya.”
Orang yang berinteraksi dengan riba, maka “…itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.”
Para ilmuan Islam pernah menegaskan, tidak ada satu kesalahan di dalam Islam yang diancam dan dihukum sebegitu berat melainkan kesalahan riba. Terdapat dua jenis riba, kedua-duanya adalah haram dan merupakan kesalahan yang amat besar di sisi Islam:
a) Riba jual-beli. Ia akan saya kupas dalam bab Fiqh Jual-Beli Harta.
b) Riba pinjaman. Ia akan saya kupas dalam bab Fiqh Hutang-Piutang Harta.
- MENIPU
Sebelum ini di bahagian Kata Pembuka telah dikemukakan hadis bagaimana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menemui seorang peniaga yang melakukan penipuan. Di dalam rangka mencari harta, kita tidak boleh melakukan penipuan, sekecil mana sekalipun. Penipuan juga tidak boleh dilakukan sama ada terhadap sesama umat Islam atau terhadap orang bukan Islam.
Sebaliknya hendaklah kita bersikap jujur. Merujuk kembali kepada seorang peniaga, maka sikap yang benar ialah:
الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ
لاَ يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ بَاعَ مِنْ أَخِيهِ بَيْعًا فِيهِ
عَيْبٌ إِلاَّ بَيَّنَهُ لَهُ.
Seorang muslim bersaudara dengan muslim yang lain, (justeru) tidak dihalalkan bagi seorang muslim menjual kepada saudaranya sesuatu yang dalamnya memiliki kecacatan kecuali dia menjelaskan kecacatan itu kepadanya.[1]

Tiada ulasan:
Catat Ulasan