Sabtu, 7 Januari 2012

TAYAR PANCIT DI LEBUHRAYA.

Tayar pancit di Highway kerana terkena paku

Aku merasa berang kerana motorsikal yang selalu aku gunakan untuk pergi kerja pada waktu pagi mengalami masalah tayar pancit kerana tindakan pihak yang bertanggunjawab menabur objek tajam di jalanraya. Blogger yang aku kenal seperti Anif mengunakan motorsikal sebagai pengangkutan harian ke tempat kerja tentu bersetuju dengan aku. Ada pihak yang mengambil kesempatan mengambil ke atas kesusahan pembonceng motorsikal seperti aku tapi adakah mereka pernah terfikir tindakan menaburkan objek di jalanraya boleh menyebabkan ada nyawa yang melayang. Kalau ada yang perasan kehadiran pembaiki tayar motorsikal jalanan mendekati mangsa sangat cepat seolah-olah sudah merancang kejadian tayar pancit sejak dari awal lagi. Aku tidak menuduh semua tapi ada segelintir yang tidak bertanggungjawab mencari rezeki dengan cara yang kotor.
Peronda Jambatan Pulau Pinang kutip paku
Ini bukan Magento X-Men tapi abang Peronda Highway kutip paku di leburaya. Kredit: Berita Harian
Sebelum ini rim motorsikal aku adalah jenis yang mengunakan tiub akan selalu mengalami tayar pancit secara tiba-tiba samada didalam perjalanan ke tempat kerja atau ketika perjalanan pulang. Aku mengunakan Highway PLUS sebagai laluan harian ke tempat kerja. Faham-fahamlah kalau bawa kenderaan di Highway tentu pecut dan nama pun Highway. Ramai bersetuju kalau aku cakap rim jenis yang mengunakan tiub lebih mudah hilang kestabilan apabila tertusuk objek tajam seperti paku atau pin yang yang ditabur diatas jalanraya.  Tayar akan pancit serta merta kerana kehilangan tekanan angin dengan cepat. Pembonceng boleh terhumban ditengah jalanraya atau bergesel dengan besi penghadang di sepanjang Highway pada kelajuan tinggi.

Pengunaan Sport Rim melambatkan tayar pancit

Syukur beberapa kali kejadian mengalami tayar pancit berlaku berdekatan dengan susur keluar tol. Biasanya aku akan lanyak rim aku hingga ke bengkel motorsikal. Kadangkala terdapat lebih dari 1 punca tayar pancit dan pernah sekali baru sahaja tukar tiub terkena sekali lagi paku yang menyebabkan tayar pancit kembali. Dulu tiub tayar boleh di tempek tapi sekarang ini tidak lagi. Kalau tiub bocor akan terus diganti dengan baru. Lalu aku mengambil keputusan menukar rim kepada yang jenis sport rim lebih sesuai untuk kegunaan tayar jenis yang tidak bertiub. Apa beberapa jenama popular dipasaran antaranya jenama Racing Boy.

Membaiki tayar pancit
Pengunaan rim tayar tanpa tiub akan kehilangan angin secara perlahan-lahan jika terkena objek tajam jadi sempat untuk sampai ke bengkel motorsikal menampal kebocoran tersebut. Sahabat blogger Fitrihadi pernah terkena kunci tersusuk pada tayar motorsikalnya adalah sesuatu yang jarang-jarang berlaku peristiwa mengalami tayar pancit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin